Takaful IKHLAS :

Pilih & Renew Pelan Komprehensif Terbaik & Antara Termurah

“Semua pelan takaful kereta nampak sama je, tapi saya macam berminat untuk renew dengan Takaful Ikhlas ibagi pembaharuan kali ini. Agak-agak berbaloi tak?”

Antara satu perkara yang akan menjadi kebimbangan dalam kalangan pemilik kenderaan ketika ingin renew insurans kereta adalah sama ada pelan yang dipilih dapat menawarkan manfaat serta perlindungan terbaik ataupun tidak. 

Tidak mengapa. Jika pada pembaharuan kali ini anda sedang mempertimbang untuk mendapatkan pelan insurans kereta Takaful IKHLAS, ayuh kami kongsikan manfaat-manfaat yang bakal anda perolehi sepanjang satu tahun polisi aktif. 

Perlindungan terbaik untuk kenderaan menerusi pelan insurans komprehensif

Syarikat Takaful IKHLAS memahami kepentingan melindungi kereta anda daripada kerugian atau kerosakan. Disebabkan itu, ia menawarkan dua jenis pelan komprehensif yang anda sebagai pemilik kenderaan boleh pilih dan miliki mengikut kesesuaian bajet serta keperluan anda.

Ia adalah:

  • IKHLAS Private Car Comprehensive PLUS Takaful
  • IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful

Apakah beza dan manfaat-manfaat yang ditawarkan di dalam kedua-dua jenis pelan komprehensif ini?

IKHLAS Private Car Comprehensive PLUS Takaful

Takaful IKHLAS memahami kepentingan melindungi kereta anda daripada kerugian atau kerosakan. IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful merupakan pelan takaful persendirian yang menyeluruh khas untuk ketenangan anda. Manfaat perlindungan yang diberikan menerusi pelan ini adalah:

  • ✅ Kerugian atau kerosakan kepada kenderaan anda akibat kemalangan, kebakaran & kecurian 
  • ✅ Kematian & cedera anggota badan pihak ketiga 
  • ✅ Kerosakan harta milik pihak ketiga 
  • ✅ Pengecualian untuk ekses wajib kepada pemandu tidak dinamakan
  • ✅ Bantuan IKHLAS yang mana akan melayakkan anda untuk mendapatkan perkhidmatan bantuan jalan raya 24 jam.

Ikhlas Comprehensive Private Car Takaful

Dengan pelan Ikhlas Comprehensive Private Car Takaful, anda boleh melindungi kenderaan anda dengan sumbangan yang rendah dan manfaat yang sesuai dengan keperluan anda. Antara manfaat-manfaat yang ditawarkan termasuklah:

  • ✅ Kerugian atau kerosakan kepada kenderaan anda akibat kemalangan, kebakaran & kecurian 
  • ✅ Kematian & cedera anggota badan pihak ketiga 
  • ✅ Kerosakan harta milik pihak ketiga 
  • ✅ Perkhidmatan Bantuan IKHLAS Road Assist Service percuma 24 jam

Kenapa kena renew dengan Insuran kereta Takaful IKHLAS?

Selain menyediakan dua jenis pilihan pelan komprehensif untuk pemilik kenderaan miliki, antara kelebihan lain renew dengan pelan takaful terkemuka ini adalah:

  • ➡️ Dipercayai 300,000 pengguna

Untuk makluman anda, lebih daripada 300,000 pengguna memilih Takaful IKHLAS sebagai Takaful kereta pilihan mereka

  • ➡️ Proses tuntutan yang mudah dan pantas

Dengan Takaful IKHLAS, tuntutan untuk pembaikan kereta akibat kemalangan akan diproses dengan sangat pantas, iaitu dalam tempoh masa 3 hari sahaja.

  • ➡️ Bantuan tepi jalan 24 jam untuk anda

Kereta rosak, enjin tak boleh hidup? Jangan risau, anda boleh dibantu bila-bila masa di mana sahaja anda berada. Hubungi sahaja Bantuan IKHLAS Road Assist di talian bebas tol mereka 1 800 88 1186. Perkhidmatan ini tersedia 24 jam sehari, 365 setahun.

Perkhidmatan tunda kemalangan dan kerosakan 24 jam

Bagi kemalangan, anda akan menerima perkhidmatan tunda kenderaan 24-jam PERCUMA ke balai polis terdekat untuk membuat laporan dan ke bengkel panel yang diiktiraf oleh Takaful IKHLAS dalam lingkungan 100 km* daripada tempat kemalangan.

Bagi kerosakan kereta pula, anda akan dapat perkhidmatan tunda kenderaan 24-jam PERCUMA ke bengkel pilihan pengguna dalam lingkungan 100 km* jauh daripada tempat kerosakan.

24 jam bantuan jalan raya

Anda layak menerima perlindungan/ pampasan dengan jumlah maksimum sebanyak RM300 untuk bantuan tepi jalan seperti berikut:

  • ➡️ Perkhidmatan “Jump Start” dan penukaran bateri (kos bateri baru perlu dibiayai oleh anda)
  • ➡️ Perkhidmatan penukaran tayar pancit (kos tayar baru akan dibiayai oleh anda)
  • ➡️ Bantuan pengisian petrol (kos petrol akan dibiayai oleh anda)

Perkhidmatan tukang kunci

Anda terkunci luar daripada kereta anda? Jangan risau, Bantuan IKHLAS Road Assist akan menghantar tukang kunci untuk menolong anda membuka kunci secara PERCUMA. 

Jika kunci itu tidak boleh dibuka, mereka akan menunda kereta anda secara PERCUMA ke bengkel panel Takaful IKHLAS terdekat atau ke bengkel pilihan anda dengan harga RM300.00 maksimum untuk setiap kejadian (pergi dan balik).

Bantuan-bantuan lain

  • ➡️ Bantuan IKHLAS Road Assist boleh menguruskan Perkhidmatan Kereta Dan Pemandu, Teksi atau Kereta Sewa dengan harga istimewa untuk menolong anda 
  • ➡️ Meneruskan perjalanan
    • Pulang ke rumah
  • ➡️ Pulang ke Bengkel Panel Takaful IKHLAS atau bengkel pilihan peserta apabila kereta sudah dibaiki
    *Kos Kereta Dan Pemandu, Teksi dan Kereta Sewa akan dibiayai oleh anda.
    • Perkhidmatan Pengurusan Kemalangan

Bantuan IKHLAS Road Assist akan menguruskan Perkhidmatan Kecemasan seperti ambulans, polis atau bomba.

  • ➡️ Pengurusan Penginapan Hotel 

Jika sesuatu kemalangan atau kerosakan berlaku pada waktu lewat malam dan anda memerlukan penginapan hotel, pihak Bantuan IKHLAS Road Assist akan menguruskan penginapan hotel tersebut.

document.getElementById("get_quote_cta").onclick = function() { Typebot.open(); }; document.getElementByClassName("cta-button").onclick = function() { Typebot.open(); };