ROADTAX DIGITAL

Lesen Memandu Digital (e-LMM) & Cukai Jalan Digital (e-LKM) Online MyJPJ

Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’, tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1062228/boleh-tanggal-cukai-jalan-di-cermin-kenderaan-mulai-hari-ini

Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi sebuah kenyataan media berkenaan Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras JPJ.
Peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi akan dikuatkasakan.

Menurut perkongsian terkini di media sosial, mulai 1 Ogos 2023, tiada lagi pengeluaran cukai jalan atau road tax kereta fizikal oleh pihak JPJ.

Jika anda nak menyemak cukai jalan kereta anda, boleh menggunakan aplikasi MyJPJ.

Anda perlu mendaftar untuk menggunakan aplikasi tersebut yang didaftarkan atas kad pengenalan anda.

Anda boleh menyemak cukai jalan kenderaan yang didaftarkan atas nama anda sahaja.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang persoalan-persoalan berkaitan pelaksanaan baharu ini serta cara untuk daftar dan membuat semakan cukai jalan dan lesen memandu secara digital.

1) Adakah wajib untuk download apps “MyJPJ”?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.

2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.

3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.

4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?

Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?

Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan…pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.

6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?

Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.

Menurut Loke, beliau sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut dan menghormati semua pandangan serta cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin

Beliau juga menegaskan bahawa beliau bersama pasukan MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.

Cara Semakan Cukai Jalan (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan pendaftaran bagi eLKM dan eLMM di Portal MyJPJ online dengan menggunakan ID MySikap Awam.

LOG MASUK MENGGUNAKAN ID AWAM MYSIKAP

  1. Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/
  2. Muat turun aplikasi MyJPJ
  3. Log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan ID MySikap
  4. Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.

DOWNLOAD APLIKASI MYJPJ:

  1. Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
  2. Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311

SEMAKAN LESEN MEMANDU DAN CUKAI JALAN DIGITAL

Setelah berjaya log masuk, anda boleh melihat pelbagai perkhidmatan secara atas talian yang boleh dilakukan.

Antaranya:

  1. Bidaan nombor kenderaan
  2. Semakan nombor terkini
  3. Semakan lesen kenderaan
  4. Semakan lesen memandu
  5. Semakan keputusan Ujian
  6. Semakan saman
  7. Semakan senarai hitam

Selain pendaftaran online, anda juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil.

Orang awam digalakkan mendaftar akaun MySikap masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ.

I) SEMAKAN LESEN MEMANDU (eLMM)

Semakan lesen memandu boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan memilih menu SEMAKAN LESEN MEMANDU.

Berikut adalah paparan yang akan anda lihat :

Anda boleh memuat turun lampiran eLKM seperti di bawah:

II) SEMAKAN LESEN KENDERAAN MOTOR eLKM (CUKAI JALAN / ROAD TAX)

RUJUK PANDUAN PENUH :

document.getElementById("get_quote_cta").onclick = function() { Typebot.open(); }; document.getElementByClassName("cta-button").onclick = function() { Typebot.open(); };