Proses Tukar Nama / Hakmilik Kenderaan Bagi Pemilik Meninggal Dunia

Contoh Form Wajib Di isi

Waris terdekat hanya boleh memperbaharui cukai jalan pemilik kenderaan yang telah meninggal dunia sebanyak sekali sahaja untuk tempoh enam bulan selama 3 tahun . Selepas tempoh itu berlalu, maka cukai jalan ini tidak lagi boleh diperbaharui oleh waris.

Sebaliknya, waris perlu segera melakukan permohonan pertukaran milikan terhadap kenderaan tersebut bagi memperbaharui cukai jalan di atas nama waris.

Oleh itu, waris dinasihatkan untuk segera melaksanakan urusan tukar nama ini bagi mengelak sebarang isu atau kesulitan di masa hadapan setelah cukai jalan tamat.

Bagi melancarkan urusan ini, waris atau pemohon dinasihatkan untuk hadir sendiri ke JPJ.

Sekiranya pemohon ingin menghantar wakil bagi pihak mereka, pemohon perlu menyediakan maklumat pengesahan identiti serta surat rasmi lantikan wakil. Bagi urusan ini, pemohon diminta untuk menyediakan dokumen khas seperti berikut:

  • Salinan perintah Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah; atau
  • Salinan Surat Geran Probet yang disahkan oleh Mahkamah; atau
  • Salinan Surat Pentadbir Pusaka yang disahkan oleh Mahkamah; atau
  • Salinan Perintah Pembahagian / Perintah Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)  1955 yang disahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian; atau
  • Salinan Perintah Faraid yang disahkan oleh Mahkamah Syariah;
  • Akuan sumpah (dibuat oleh pewaris seperti dalam perintah faraid) berkenaan penolakan harta hendaklah disertakan bersama;
  • Akuan sumpah hendaklah dibuat dihadapan pesuruhajaya sumpah yang berkhidmat dengan kerajaan / Majistret / Hakim;
  • Akuan sumpah ini hendaklah disertakan bersama apabila Perintah Faraid tidak menyatakan penama / pewaris kepada kenderaan motor milik si mati.
  • Jika di sabah harus ada
  • Salinan Jadual Tiga oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah; atau                             
  • Salinan Perintah dalam bentuk Form C yang disahkan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

Urusan pertukaran milikan sekiranya pemilik meninggal dunia ini menjadi lebih mudah dan lancar sekiranya kenderaan tersebut telah disenaraikan di dalam wasiat rasmi.

Wasiat tersebut boleh digunakan sebagai bukti bahawa kenderaan tersebut telah diserahkan kepada waris.

Tetapi, sekiranya pemilik asal telah meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat, permohonan boleh dibuat oleh waris di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah untuk mengagihkan harta pusaka bagi individu yang berhak. Untuk info lanjut mengenai penuntutan harta pusaka, anda boleh rujuk pada agensi yang berkaitan. 

Berikut merupakan cara-cara penukaran hak milik kenderaan motor secara sukarela ataupun sekiranya pemilik asal meninggal dunia. Segala urusan ini hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ sahaja buat masa ini.

document.getElementById("get_quote_cta").onclick = function() { Typebot.open(); }; document.getElementByClassName("cta-button").onclick = function() { Typebot.open(); };