PERBEZAAN 1ST PARTY COMPREHENSIVE, 3RD PART FIRE & THEFT DAN 3RD PARTY

1. 1ST PARTY COMPREHENSIVE

Insurans 1st party atau sering disebut insurans komprehensif ialah perlindungan menyeluruh kepada kereta dan pemandu sekiranya berlaku breakdown, berlaku kemalangan, kebakaran, cubaan pencurian, objek terjatuh ke atas kereta anda seperti pokok tumbang atau orang baling barang, baik pulih tepian jalan, dan tundaan kerosakan pada 50km ke 100km pertama secara percuma (tertakluk kepada penyedia insuran anda). Insurans 1st party akan melindungi dan membayar ganti rugi apabila anda mengalami masalah tersebut. Bila berlaku kemalangan atau kerosakan, insurans akan cover terus.

Biasanya 1st party insuran disediakan kepada kereta berusia bawah 20 tahun sahaja

Selain mengetahui apa yang insurans cover, anda pun harus faham apa yang insurans tak cover. Misalnya wang sewaan kereta lain semasa kereta anda dalam proses baik pulih dan kerosakan tayar dan enjin kereta pada masa yang sama.

Pelbagai manfaat tambahan disediakan di mana kita boleh cuma perlu tambah sedikit duit untuk dapatkan perlindungan seperti bencana alam, cermin besar, unlimited towing dan lain-lain manfaat tambahan bergantung kepada penyedia insuran

2. 3RD PARTY FIRE & THEFT

3rd party fire and theft maksud nya terkecuali dari cover kemalangan. Tujuan utama bagi insurance adalah membuat tuntutan dalam membaiki kenderaan mahupun melindungi kenderaan lain.

3rd party fire and theft car insurance akan melindungi kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan. Jika disabitkan kesalahan, maka jika anda melibatkan kenderaan lain, kenderaan tersebut boleh membuat claim ke atas insurans kereta anda.

Kelebihannya adalah 3rd party fire theft car insurance anda masih boleh melindungi kereta anda jika berlakunya sebarang kecurian atau kebakaran. Namun, tidak untuk kemalangan jalan raya.

Bagi kereta lama sering menjadi isu dari segi harga insurans. Ada yang nak kan harga 3rd party fire and theft car insurance quotes yang murah dan sekadar boleh keluarkan roadtax kereta.

Namun, syarat bagi pemilik kenderaan mengambil 3rd party fire and theft insurance ini berbeza-beza mengikut jenis kenderaan dan tertakluk kepada nilai yang disediakan oleh sesebuah syarikat insurans.

Cover bagi insurans ini mengutamakan kenderaan 15 tahun dan ke atas. Dan perlu diingatkan bahawa manfaat tambahan tidak boleh ditambahkan ke atas polisi 3rd party fire and theft ini.

3. 3RD PARTY

Insurans 3rd party atau turut disebut sebagai insurans pihak ketiga merupakan polisi insurans yang menyediakan perlindungan paling asas. Sama seperti namanya, polisi ini hanya menyediakan perlindungan untuk pihak ketiga sahaja, iaitu pihak yang dilanggar oleh anda.

Dengan memiliki polisi ini, segala kerosakan pada kenderaan anda perlu ditanggung oleh anda sendiri (jika kemalangan berpunca daripada anda). Tiada tuntutan boleh dibuat untuk kenderaan anda, dan polisi insurans anda itu hanya akan membayar pampasan untuk pihak ketiga, iaitu pihak yang dilanggar oleh anda.

Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila lihat contoh-contoh situasi di bawah:

  1. Anda melanggar tiang lampu isyarat lalu kenderaan anda rosak teruk. Bolehkah anda membuat tuntutan jika memiliki polisi insurans pihak ketiga? – TIDAK
  2. Anda terlanggar haiwan ketika memandu. Bolehkah anda membuat tuntutan bawah polisi pihak ketiga? – TIDAK
  3. Kereta anda terbakar. Bolehkah anda membuat tuntutan bawah polisi pihak ketiga? – TIDAK
  4. Kereta anda dicuri. Adakah pihak insurans akan membayar pampasan sekiranya anda pada ketika itu memiliki polisi pihak ketiga? – TIDAK
  5. Kereta anda melanggar kenderaan lain dan rosak teruk. Bolehkah anda tuntut insurans untuk baiki kerosakan pada kereta anda? – TIDAK
  6.  Kereta anda terlanggar kereta lain dan pihak tersebut ingin membuat tuntutan insurans di bawah polisi insurans pihak ketiga yang anda miliki. Adakah ia dibolehkan? – YA
document.getElementById("get_quote_cta").onclick = function() { Typebot.open(); }; document.getElementByClassName("cta-button").onclick = function() { Typebot.open(); };