Doktor Wajib Tahu Dalam Memilih Pelan Perlindungan ‘Medical Malpractice Indemnity’

Mulai tahun 2021, kerajaan MEWAJIBKAN setiap doktor memiliki Medical Malpractice Indemnity sebagai pra-syarat untuk memperbaharui lesen Annual Practice Certificate.

Berikut merupakan 5 tips panduan dalam memilih pelan perlindungan Medical Malpractice Indemnity.

1. Melindungi Aggravated Damage

Kebanyakan polisi yang ada di pasaran sekarang tak melindungi Aggravated Damage.

Trending aggravated damage di Malaysia meningkat. Tahun lepas ada satu kes doktor kena bayar aggravated damage sebanyak RM500,000.

Bayangkan korang ada polisi indemnity tapi tetap masih kena bayar denda RM500,00 kerana polisi tak lindungi aggravated damage ini.

2. Ambil Sekali Dengan Automatic Reinstatement

Pada kebiasaannya, kos Automatic Reinstatement ini adalah tambahan 10% daripada akaun dibayar.

Kalau boleh ambil pelan yang tawarkan percuma automatic reinstatement.

3. Ambil Perlindungan Paling Minima RM1 Juta

Banyak kes dari tahun 2014 sehingga tahun 2020, kes-kes saman ini melibatkan jutaan ringgit. Rekod tertinggi adalah pada tahun 2017 di mana seorang pesakit menyaman doktor sebanyak RM20 juta.

4. Ambil Yang Ada Retroactive Coverage Sekurang-Kurangnya 6 Tahun Ke Belakang

Retroactive Coverage ini bermaksud bahawa polisi itu melindungi sekiranya pesakit-pesakit pada masa lalu saman kita secara tiba-tiba.

Tapi kena ingat, Retroactive Coverage hanya boleh terjadi dengan syarat tiada aduan atau apa-apa tindakan sebelum polisi itu diambil (kes bersih).

Kalau dah ada aduan dan baru nak ambil polisi, maka tempoh Retroactive tersebut tidak akan terjadi.

5. Untuk Muslim, Wajib Ambil Produk Takaful, Bukan Insurans

Insurans adalah produk konvensional manakala takaful adalah produk PATUH SHARIAH. Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan jelas memberitahu bahawa segala produk insurans adalah haram manakala produk takaful adalah harus.

InshaAllah, akan ada keberkatan bila ambil produk produk yang halal.

document.getElementById("get_quote_cta").onclick = function() { Typebot.open(); }; document.getElementByClassName("cta-button").onclick = function() { Typebot.open(); };