

๐๏ธ Tempoh: 18 April 2025 hingga 18 Mei 2025
๐ Rujukan Notis Rasmi JPJ (rujuk gambar)
๐ Bermula 18.04.2025, tiada cetakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) secara fizikal (cukai jalan/roadtax) akan diberikan kepada kenderaan persendirian.
โ
Pembaharuan masih boleh dilakukan secara digital seperti biasa melalui sistem dalam talian.
๐ฆ Cetakan LKM HANYA diberikan kepada:
- Kenderaan Perdagangan
- Kenderaan Perkhidmatan Awam
๐ฅ๏ธ Bagi semua pembaharuan digital, pemilik kenderaan boleh menyimpan salinan digital atau mencetak sendiri resit pembaharuan sebagai bukti pembayaran.
๐ RUJUKAN AKTA & DASAR JPJ:
- Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987
Kenderaan WAJIB mempunyai lesen kenderaan motor yang SAH, namun peraturan terkini membenarkan bukti digital sebagai bukti pembaharuan sah. - Arahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 10 Februari 2023 telah membenarkan pengguna tidak lagi perlu mempamerkan pelekat cukai jalan fizikal untuk kenderaan persendirian. Sumber rasmi:
๐ https://www.jpj.gov.my
โPenting untuk Diketahui:
- Anda TETAP DILINDUNGI dan dianggap SAH jika telah memperbaharui cukai jalan secara digital.
- Semak status pembaharuan melalui portal rasmi https://myeg.com.my atau https://jpj.gov.my.
๐ Harap Maklum & Terima Kasih atas Kerjasama anda.
